Khamis, 12 April 2012

Pokok Kantan - Perasa Masakan (Juga Berkhasiat??)..


Kantan diklasifikasikan sebagai rempah atau perasa dalam masakan. Ia biasa ditanam dihalaman rumah terutamanya tempat yang agak lembab. Kantan membiak melalui cara pecahan rizom (akar).
Digunakan sebagai perasa dalam masakan tertentu. Bunganya pula menjadi bahan perencah yang penting terutamanya untuk laksa dan masakan asam pedas.
Bunganya boleh mengawet muda. Pokoknya juga boleh menghilangkan bau badan terutamanya bagi wanita yang baru lepas bersalin. Untuk menghilangkan bau badan, ambil beberapa batang pokok kantan yang segar, potong batangnya pendek2 dan ditumbuki hingga lumat, rebuskan hingga mendidih dan gunakan air rebusannya untuk mandi apabila telah sejuk.
Untuk menghilangkan rasa kurang bermaya dan hilang selera makan, bijinya ditumbuk hingga lumat, toskan untuk mendapatkan airnya dan dicampurkan dengan segelas air suam dan diminum pada waktu pagi dan sebelum tidur. Amalkannya untuk beberapa kali.
Buahnya juga dikatakan dapat menguatkan tenaga batin bagi lelaki dan menghilangkan lendir dalam badan dan kahak juga.

Jenis-jenis Gangguan Jin dan Mengelakkan Diri Daripada Gangguan


Terdapat beberapa jenis gangguan jin. Antaranya:
1. Gangguan sepenuhnya: Iaitu jin mengganggu seluruh badan dan jasad seperti orang yang mengalamai masalah saraf tersumbat dan seumpama dengannya.
2. Gangguan sebahagian anggota.
3. Gangguan berpanjangan iaitu jin terus berada di dalam badannya dalam jangka waktu yang lama.
Gangguan sejenak iaitu tidak lebih daripada beberapa detik seperti mimpi buruk.
Kaedah untuk mengelakkan diri daripada gangguan jin:
1. Sentiasa istiqamah dengan zikir yang diwariskan oleh Nabi Muhammad S.A.W.
2. Menyebut nama Allah dalam setiap pekerjaan.
3. Menyebut nama Allah setiap kali masuk ke dalam tempat gelap.
4. Jangan menyakiti binatang tanpa sebab seperti anjing dan kucing.
5. Jangan tidur bersendirian. Jika terpaksa maka berwuduk dan bacalah doa.
6. Jangan membuang air di merata-rata tempat terutama di lubang2.
7. Jangan membunuh ular sewenang-wenangnya yang masuk ke dalam rumah.

Isnin, 21 Disember 2009

Khasiat Petai (Parkia speciosa Hassk)


Pokok ini selalunya tumbuh meliar di dalam hutan2 Malaysia, Indonsesia, Brunei dan Thailand. Pokok petai merupakan pokok saka yang besar dan rendang serta boleh tumbuh setinggi 30 meter. Untuk mengambilnya juga amat sukar memandangkan pokoknya yang tinggi. Pokok petai biasanya ditanam menggunakan biji benih.

Buah petai terdapat dalam deretan panjang yang dikenali sebagai 'papan'. Setiap papan buah mempunyai antara 12 hingga 15 biji benih tersusun memanjang sepanjang buah. Buah ini yang panjangnya sehingga 50 sentimeter apabila cukup tua mempunyai kulit yang tebal tetapi lembut, benih dan licin berwarna kemerah-merahan. Biji2 inilah yang dimakan kadang2 mentah dan kadang2 dibakar. Buah petai sering dimakan sebagai ulam atau dibuat sambal. Tetapi ia mempunyai bau yang kuat.

Berdasarkan kajian, buah petai yang berbintil-bintil pada papannya dikatakan mengandungi kadar protein dan lemak yang tinggi berbanding tumbuhan hutan yang lain iaitu sebanyak 8 peratus, 11 peratus karbohidrat, 71 peratus air, banyak mengandungi kalsium, fosforus, zat besi, vitamin A, B1, B2 dan C.

Sebenarnya kandungan pemakanan biji petai berbeza mengikut umur dan kesegaran bijinya. Dalam perubatan tradisional biji petai dipercayai berkesan untuk merawat penyakit jantung dan penyakit kencing manis, mencuci buah pinggang serta untuk mengeluarkan cacing daripada kanak2 yang kecacingan.

Ahad, 20 Disember 2009

Cara Mengenali Kewujudan Makhluk Dalam Tubuh (Ketika Jaga)


Selain daripada gejala ketika tidur, ada juga tanda2 atau gejala wujudnya makhluk halus di dalam tubuh seseorang ketika jaga (sedar). Tanda2 ini mungkin lebih mudah disedari atau 'scan' oleh insan2 yang rapat dengan kita. Antara gejala tersebut ialah:

1. Selalu pening, para pengamal perubatan moden tidak dapat mengesan sebarang penyakit dan dikatakan penyakit misteri.
2. Selalu lalai daripada mengingati Allah S.W.T.
3. Hilang ingatan dan mungkin juga menjadi gila. Gila adalah berpunca daripada jin. Dalam bahasa Arab orang gila digelar 'majnun'. Majnun bermaksud 'dijinkan'.
4. Sering lesu dan malas.
5. Rasa sakit di salah satu anggota badan dan doktor tidak berupaya mengubatinya.
6. Sentiasa terasa sakit di belakang terutama di tulang belakang.
7. Lenguh di sendi2 utama.
8. Melihat sesuatu yang pelik semasa jaga (sedar).
9. Mempunyai ketumbuhan yang sukar diubati. Biasanya doktor menakrifkannya sebagai kanser. Perlu diingat bahawa kanser berpunca daripada jin.
10. Terasa seolah-olah terdapat sesuatu di bawah tapak kaki. Seperti terpijak batu atau telur.
11. Mudah panik dan kaget apabila berhadapan dengan sesuatu ujian.
12. Jiwa sentiasa lemah dan tiada motivasi untuk meneruskan kehidupan.
13. Sentiasa mengantuk terutamanya dalam majlis ilmu.
14. Mudah marah dan panas baran.
15. Emosional dan terlalu sensitif.

Khamis, 17 Disember 2009

Cara Mengenali Kewujudan Makhluk Dalam Tubuh (Ketika Tidur)


Pelbagai cara boleh digunakan untuk mengesan (scan) kewujudan makhluk halus di dalam tubuh manusia. Teknik ini boleh dilakukan sendiri oleh kita. Antaranya ialah Gejala Ketika Tidur:

1. Susah tidur malam, tidak boleh tidur kecuali setelah bersusah payah.
2. Sering terjaga pada waktu malam dalam keadaan cemas dan takut.
3. Mimpi buruk yang dikenali 'kabus' seperti mimpi melihat sesuatu yang mengancamnya lantas menjerit meminta pertolongan, malangnya tiada siapa mendengar. Biasanya terjadi dalam keadaan 'kena tindih'.
4. Mimpi perkara yang menakutkan dan menyeramkan (berulang-ulang).
5. Mimpi melihat binatang2 seperti kucing, anjing, unta, ular, serigala, tikus dan sebagainya. Kalau bermimpi dipatuk ular, kemungkinan petanda bahawa sihir telahpun masuk ke dalam jasadnya.
6. Bunyi gigi berlaga ketika tidur.
7. Ketawa, menangis dan menjerit-jerit ketika sedang tidur.
8. Berdiri dan berjalan ketika tidur.
9. Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
10. Mimpi berada di kawasan kotoran atau di kawasan perkuburan.
11. Bermimpi berada di tempat sunyi.
12. Mimpi terserempak atau melihat makhluk dengan rupa yang aneh.
13. Mimpi melihat makhluk yang menakutkan ataupun diistilahkan sebagai hantu.
14. Mimpi melihat budak kecil. Berjaga-jaga kalau bermimpi budak kecil yang menyusu dengan kita dan kita sayangkannya terutama kepada wanita.
15. Mimpi melihat salib atau gereja.
16. Mimpi bertemu paderi.
17. Merintih dan menangis ketika tidur.
18. Mimpi diancam benda tajam seperti pisau, paku dan sebagainya.

Sesiapa yang mempunyai mimpi bertemu budak kecil dan jatuh dari tempat yang tinggi merangkumi tiga yang lain juga disyaki mengalami gangguan jin.

Rabu, 16 Disember 2009

Tanda2 Kiamat - Banyak Hujan & Sedikit Tumbuh-tumbuhan


Dari Abu Hurairah r.a., ia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda:
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga langit menurunkan hujan yang tidak menutup rumah tanah liat dan rumah bulu (yakni tidak menumbuhkan tumbuh-tumbuhan yang dapat menutup rumah2 dari tanah liat dan dari bulu)". (Riwayat Ahmad).

Dan diriwayatkan dari Anas r.a., ia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda:
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga manusia dituruni hujan secara merata, tetapi bumi tidak menumbuhkan tumbuh-tumbuhan sama sekali". (Riwayat Ahmad).

Apabila hujan itu merupakan sebab bagi bumi untuk menumbuhkan tumbuh-tumbuhan, maka Allah S.W.T. juga dapat menghalangi sebab ini untuk tidak menimbulkan musabbab, kerana Dialah Pencipta sebab dan musabab dan tidak ada sesuatu pun yang dapat menghalangiNya.

Dan diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda:
"Bukanlah kemarau itu kerana kamu tidak dituruni hujan tetapi kemarau itu kamu tetap dituruni hujan dan dituruni hujan tetapi bumi tidak menumbuhkan apa2 lagi". (Riwayat Muslim).

Selasa, 15 Disember 2009

Kelebihan Serai (Cymbopogen citratus (DC.) Stapf)


Serai makan banyak di tanam sebagai tanaman dapur. Batangnya dituai untuk kegunaan segar sebagai perisa dalam masakan. Serai makan ialah sejenis tanaman rumput yang beraroma dan mempunyai rimbunan daun yang lebat.

Pada setiap rumpun terdapat banyak batang yang tumbuh daripada rizom. Batangnya berwarna putih keunguan atau kemerahan. Daunnya tirus berwarna hijau muda, kesat dengan urat yang selari serta tajam. Pokoknya hampir menyerupai lalang ditanam dengan menggunakan batang serai yang berakar.

Di Malaysia, serai makan terutama batangnya yang beraroma digunakan sebagai bahan perisa dalam masakan tradisional seperti masakan rendang, tomyam, kerabu, masak lemak cili padi dan asam pedas. Aroma dan rasanya yang unik dapat menambahkan keenakan masakan dan meningkatkan selera.

Di sesetengah negara, serai makan diusahakan khas untuk pengeluaran minyak pati. Minyak pati serai makan berwarna kuning hingga coklat kemerahan dan berbau limau atau 'lemon'.

Sebatian2 lain yang mempunyai lebih rendah peratusannya termasuklah linalol, geraniol, citronellal, cironellol, farnesol, farnesal, limonene dan nerol. Minyak pati serai makan diguna sebagai pewangi sabun, bahan pencuci, syampu dan produk lain. Walaubagaimanapun sebahagian besar daripadanya digunakan untuk mendapatkan sitral (secara isolasi fizikal) dan ionones (secara tindak balas kimia terhadap sitral).

Serai dikatakan baik untuk penghadaman makanan dan pelawas kencing yang ringan. Ia juga dikatakan penggalak pengeluaran peluh. Banyak digunakan untuk membuat tonik dan minyak angin.