Ahad, 6 September 2009

Durian Belanda (Annona muricata L.)


Daunnya berbentuk ringkas dan tersusun secara berselang seli pada rantingnya. Bunganya berwarna hijau pada mulanya dan berubah menjadi kuning pucat apabila mekar.

Buahnya dilitupi oleh duri yang lembut, berwarna hijau. Ia mempunyai biji yang banyak dan berwarna hitam serta dilindungi oleh cengkerang biji yang keras. Daunnya mempunyai bau yang agak busuk. Tumbuhan ini membiak melalui keratan batang dan biji benih.

Putiknya digunakan oleh masyarakat melayu untuk mengubati cirit birit dan berak berdarah. Di Indonesia, daunnya yang dihancurkan digunakan untuk merawat bisul dan daunnya yang dikeringkan digunakan untuk membunuh serangga.

Air rebusan daunnya digunakan untuk mengeluarkan cacing dari usus. Di Malaysia, terdapat persediaan herba dalam bentuk cecair yang menggunakan daun durian belanda sebagai cara merawat athritis, batuk dan demam. Tuam yang menggunakan serbuk dari daunnya yang dikeringkan boleh menghilangkan radang dan merawat penyakit kulit. Di Filipina, batangnya yang muda dugunakan untuk merawat luka dan menghentikan pendarahan.

Air rebusan daunnya digunakan untuk berkumur bagi merawat ulser mulut dan menyembuhkan luka.

Walaubagaimanapun, penggunaan tumbuhan ini yang banyak mengandungi tannin boleh meningkatkan risiko kanser.

Sabtu, 5 September 2009

Lagu Kebangsaan (Negaraku)


Negaraku
Tanah Tumpahnya Darahku
Rakyat Hidup Bersatu Dan Maju
Rahmat Bahagia
Tuhan Kurniakan
Raja Kita Selamat Bertakhta
Rahmat Bahagia
Tuhan Kurniakan
Raja Kita Selamat Bertakhta.

Sebelum negara kita mencapai kemerdekaan, lagu kebangsaan kita ialah lagu kebangsaan British, iaitu God Save the Queen.

Lagu kebangsaan Malaysia dikenal dengan tajuk Negaraku dan dicipta pada tahun 1957.

Lagu kebangsaan ini dipilih oleh Tunku Abdul Rahman yang mengetuai sekumpulan jemaah hakim.

Lirik lagu kebangsaan ini digubal semula oleh Encik Saiful Bahari berdasarkan lagu Terang Bulan.

Lagu Terang Bulan, iaitu lagu kebangsaan negeri Perak dipilih menjadi lagu kebangsaan Malaysia kerana mempunyai unsur kemelayuan.

Lirik lagu kebangsaan menggambarkan kesetiaan rakyat yang tidak berbelah bahagi kepada negara.

Seni kata lagu kebangsaan juga menuntut kita bersyukur, taat kepada raja dan negara, serta sanggup berkorban demi mempertahankan negara.

Jumaat, 4 September 2009

Allah Menanggung Rezeki Makhluk Di Muka Bumi


Semasa Nabi Sulaiman berjalan-jalan di tepi pantai, masuklah waktu sembahyang. Maka Nabi Sulaiman mendirikan sembahyang di situ juga.

Apabila hampir selesai mengerjakan sembahyang, lalulah di hadapannya seekor semut membawa sehelai daun menuju ke persisiran pantai itu. Manakalah sampai di tepi pantai datanglah seekor katak dan mengambil daun yang dibawa oleh semut itu. Kemudian katak itu melompat ke dalam laut dan memberikan daun itu kepada seekor ulat yang tinggal dalam batu di dasar lautan. Katak itu kemudiannya kembali ke daratan.

Melihat kejadian itu, Nabi Sulaiman berasa hairan dan tertanya-tanya apa gerangan yang dikerjakan oleh kedua haiwan tersebut. Untuk mengetahuinya, Nabi Sulaiman bertanya pada semut: "Wahai semut, apakah yang kamu kerjakan bersama katak tadi?"

Jawab semut: "Wahai Nabi Allah Sulaiman, sesungguhnya rezeki tiap2 makhluk yang ada di muka bumi ini adalah Allah yang menanggungnya dan segala apa yang kita kerjakan adalah sebagai usaha untuk mendapatkan rezeki itu. Demikianlah halnya dengan apa yang aku kerjakan bersama katak tadi kerana di dasar lautan itu ada seekor ulat. Adapun rezekinya Allah tanggung melalui kami berdua. Setiap hari kami menghantar sehelai daun untuk dimakannya".

Apabila mendengar jawapan semut, Nabi Sulaiman memuji kebesaran Allah atas RahmatNya terhadap sekelian makhluk.

Suatu hari, Nabi Sulaiman bermunajat pada Allah. Dalam munajatnya itu, Nabi Sulaiman berkata: " Ya Allah, izinkanlah aku untuk menanggung rezeki segala ikan yang ada di lautan".

Jawab Allah Taala: "Wahai Sulaiman, engkau tidak akan sanggup menanggung rezeki mereka. Jangankan seluruh ikan di lautan malah sebahagian daripadanya pun engkau tidak akan sanggup".

Kata Nabi Sulaiman lagi: "Aku ingin untuk mencubanya, ya Allah!".

Oleh kerana Nabi Sulaiman terlalu berhajat, maka Allah perkenankan. Kemudian Nabi Sulaiman memerintahkan pada sekelian rakyatnya baik dari golongan manusia, jin dan juga binatang supaya mengumpulkan bahan makanan sebanyak mungkin di tepi laut.

Maka sekelian rakyat baginda melaksanakan perintah tersebut sehingga akhirnya, dalam masa singkat terkumpullah bahan2 makanan di sepanjang pantai.

Melihat makanan yang bertimbun itu, Nabi Sulaiman berdoa: "Ya Allah, rasanya sudah cukup bahan makanan yang aku sediakan untuk menanggung rezeki ikan pada hari ini. Maka keluarkanlah seluruh ikan yang ada di dalam lautan ini".

Selesai sahaja Nabi Sulaiman berdoa, maka Allah keluarkan seekor ikan yang sangat besar dan memakan semua makanan yang ada sehingga habis tanpa meninggalkan sisa sedikit pun. Melihat kejadian yang menakjubkan itu, Nabi Sulaiman bersujud memohon ampun pada Allah atas segala kesalahannya.

Allah berfirman: "Wahai Sulaiman, begitu banyak rezeki yang engkau kumpulkan, hanya cukup untuk dimakan oleh seekor ikan, bagaimana akan mencukupi bagi seluruh ikan yang berada di lautan ini?".

Rabu, 2 September 2009

Sungai Nil Yang Akur Pada Perintah Saiyidina Umar


Ketika Mesir ditakluki oleh tentera Islam, Khalifah Umar Al-Khattab telah melantik Amru Al-As sebagai gabenor di wilayah Islam yang baru ditakluki itu. Amru Al-As memang terkenal sebagai pahlawan Islam yang berani serta pentadbir yang cekap lagi bijaksana.

Semasa Amru Al-As menjadi Gabenor Mesir, satu peristiwa ganjil telah berlaku. Air sungai Nil dikatakan akan berhenti mengalir beberapa bulan lagi dan penduduk Mesir bercadang untuk melakukan upacara jahiliah iaitu mengorbankan seorang gadis cantik ke dalam sungai itu. Mereka mendesak Amru Al-As supaya melakukan upacara tersebut tetapi Amru Al-As tidak mahu melakukannya kerana ianya bertentangan dengan ajaran Islam yang suci.

Tidak berapa lama kemudian air sungail Nil benar2 mulai kering. Oleh kerana pertanian di negeri Mesir bergantung kepada air sungai tersebut, penduduk2 di situ mulai cemas dan ada di antara mereka terpaksa berpindah ke kawsan tanah lain yang subur.

Keadaan ini memaksa Amru bin Al-As menulis surat kepada Khalifah Umar Al-Khattab di Madinah untuk meminta pandangannya. Amru Al-As sendiri berasa serba salah tentang bagaimana hendak menyelesaikan masalah yang dihadapinya itu. Tidak berapa lama kemudian Saiyidina Umar Al-Khattab pun mengirimkan jawapannya melalui surat.

Apabila surat itu sampai kepada Amru Al-As dia mendapati surat itu tidak ditujukan kepadanya tetapi kepada sungai Nil itu sendiri.

Sebelum Amru mencampakkan surat itu ke dalam sungai Nil yang hampir kering itu dia sempat membaca isi surat itu yang berbunyi: "Surat ini dikirimkan kepada Sungai Nil oleh Umar hamba Allah dan Amirul Mukminin. Wahai sungai Nil, jika air yang mengalir di sungai ini adalah atas kuasamu maka ketahuilah engkau bahawa kami tidak memerlukannya. Tetapi jika ianya mengalir di atas kekuasaan Allah S.W.T. maka kami pohon kepadaNya agar mengalirkan air di sungai ini."

Sebaik sahaja surat itu dicampakkan oleh Amru ke dalam sungai itu, maka sungai itu pun dipenuhi dengan air sedalam empat puluh lapan kaki pada malam itu juga. Sejak dari hari itu lenyaplah amalan jahiliah yang diamalkan oleh penduduk Mesir itu.

Isnin, 31 Ogos 2009

Kisah Nabi Muhammad dengan daging beracun


Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari menceritakan:

Apabila wilayah Khaibar telah ditakluki oleh pihak Islam, maka semua rakyat di negeri itu telah berada di bawah pemerintahan Islam yang diketuai oleh baginda Rasulullah. Pada suatu hari datanglah seorang Yahudi membawa daging kambing untuk diberikan kepada baginda Rasulullah kononnya sebagai hadiah. Sebelum Yahudi itu datang menemui Rasulullah dengan membawa daging kambing tersebut terlebih dahulu mereka mencampurkan daging kambing itu dengan racun.

Sebaik sahaja Yahudi itu menyerahkan daging itu kepada Rasulullah, baginda lantas berkata kepada Yahudi itu: "Aku ingin bertanya sesuatu dari kamu, bolehkah kamu semua berkata benar?"

Maka jawab Yahudi itu: "Boleh, ya.. Abu Qassim." Jawab mereka.

Rasulullah pun bertanya siapakah bapa mereka, lantas Yahudi itu menjawab si polan si polan. Maka baginda pun berkata bahawa mereka semua adalah berdusta. Maka Yahudi itu berkata: "Tuan telah berkata benar".

Baginda bertanya lagi. "Bolehkah kamu bercakap benar bila aku bertanya?"

"Boleh, ya..Abu Qassim." Jawab mereka. "Jika kami berbohong tuan pasti akan tahu sebagaimana tentang ayah kami."

Baginda bertanya mereka siapakah yang akan masuk ke neraka maka Yahudi itu pun menjawab, "Kami hanya akan dimasukkan sebentar sahaja kemudian tuan akan mengikuti kami."

Rasulullah berkata lagi, "Masuklah kamu ke dalamnya dengan hina. Demi Allah aku bersumpah bahawa kami tidak akan mengikuti kamu ke dalamnya".

Kemudian baginda bertanya lagi. "Bolehkah kamu bercakap benar bila aku bertanyakan sesuatu?".

Lalu mereka menjawab, "Boleh, ya.. Abu Qassim".

Rasulullah pun bertanya: "Adakah kamu bubuh racun di dalam daging kambing ini?"

Maka mereka menjawab bahawa mereka telah membubuh racun pada daging itu dan apabila ditanya sebabnya mereka berbuat demikian, lantas mereka menjawab: "Kami mahu membunuh engkau jika engkau seorang pendusta, jika engkau benar racun ini tidak akan membunuh engkau".

Isnin, 15 Jun 2009

Pendidikan - Falsafah Pendidikan Negara


"Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara."

Sabtu, 13 Jun 2009

Tasawwuf - Anggota Roh


Sangat maklum bahawa kejadian manusia terbahagi kepada dua bahagian iaitu zahir dan batin. Zahir manusia ialah tubuh atau jasadnya. Terdapat mata, telinga, mulut, tangan, kaki, perut dan sebagainya yang mana semuanya itu adalah tubuh atau jasad. Dinamakan dengan lain2 nama berdasarkan kepada kegunaannya yang berlainan seperti yang kita semua tahu.

Begitulah juga roh atau batin manusia ada berbagai anggota batin yang disebut sodrun, qalbun, fuadun, shaghafun, lubbun dan sirrun. Semua nama2 bahagian batin manusia tersebut adalah merupakan kejadian Allah S.W.T. yang sama, dinamakan dengan nama2 yang berlainan seperti nama2 anggota2 zahir manusia tersebut. Menurut Imam al-Ghazali semuanya itu adalah Nurun Latifatun Rabaniyyatun (Nur rahsia yang sukar diketahui yang dibangsakan kepada urusan Allah S.W.T.).

Selain daripada nama2 anggota batin tersebut ada satu lagi nama yang sangat penting untuk kita ketahui ialah basirah atau mata hati, pandangan hati atau pandangan batin. Jika pandangan mata kepala (basar) untuk melihat perkara2 yang zahir di dalam nyata, maka pandangan mata hati (basirah) adalah untuk melihat perkara2 yang batin, ghaib dan alam malakut. Dengan tujuan memudahkan orang ramai untuk memahaminya, maka sesetengah ulama tasawwuf meringkaskan nama2 tersebut dengan menumpukan kepada tiga sahaja iaitu qalbun (hati), ruhun (roh) dan sirrun (lubuk hati). Hati (qalbun) fungsinya untuk memahami ilmu, terutamanya yang sukar diterima oleh akal (al-qalb lilmafhumat). Roh untuk musyahadah (al-roh lilmusyahadah). Sirr untuk menerima dan menyimpan tajalli (al-sirr liitajalliyat).