Isnin, 14 September 2009

Kisah Seekor Burung Gagak Menolong Hamba Allah


Dikisahkan bahawa Ibrahim bin Adham bertaubat adalah kerana, pada suatu hari dia keluar memburu, setelah lama dia berada di atas kudanya maka dia pun berhenti dan mengeluarkan bekal makanannya untuk dimakan. Sedang dia makan tiba2 datang seekor burung gagak menyambar rotinya dan terus terbang.

Melihat keadaan itu maka Ibrahim bin Adham pun naik ke atas kudanya lalu mengejar burung gagak tersebut. Akhirnya burung gagak itu hilang dekat gunung. Maka Ibrahim bin Adham pun mendaki gunung tersebut dan didapatinya burung gagak itu berada dekat seorang yang mana kedua kaki dan tangannya diikat.

Apabila Ibrahim bin Adham melihat orang itu maka dia pun membuka ikatan orang itu dan bertanya: "Bagaimana kamu boleh berkeadaan begini?".

Maka berkata orang itu: "Sebenarnya aku adalah seorang pedagang. Aku telah dirompak oleh perompak dan mereka mengikat aku serta membiarkan aku begini. Aku berkeadaan begini sudah 7 hari. Dengan pertolongan Allah S.W.T. maka burung gagak inilah yang selalu membawa makanan kepadaku. Dia bertenggek di atas dadaku dan memotong-motong roti dengan paruhnya dan memasukkan ke dalam mulutku".

Sesungguhnya Allah S.W.T. tidak membiarkan aku lapar. Setelah itu Ibrahim bin Adham pun bertaubat kepada Allah S.W.T. Maka mulai itu dia tidak lagi memakai pakaian kebesarannya dan dia memakai pakaian sufi serta dia memerdekakan semuda budaknya dan mewakafkan (sedekah) semua harta dan hak miliknya. Kemudian dia mengambil tongkat menuju ke kota Makkah tanpa membawa apa2 bekal dan kenderaan dengan berserah kepada Allah S.W.T. Dia tidak fikir sama sekali akan hal bekalan tetapi sebaliknya dengan kehendak Allah S.W.T. dia tidak berasa lapar sehingga dia sampai di Kota Makkah.

(Hadis Arba'iin)

Ahad, 13 September 2009

Halia (Zingiber officinale)


Pokok Halia merupakan sejenis tumbuhan yang dikenali sebagai sayur2an dan ditanam sebagai makanan. Halia banyak digunakan sebagai penyedap makanan. Ia adalah rizom yang sering digunakan juga dalam bidang perubatan tradisional.

Mempunyai isi berwarna kuning dan bau yang enak dan agak sedikit berangin.

Penyelidikan yang dibuat oleh penyelidik Universiti Michigan yang diterbitkan di American Association of Cancer Research menunjukkan bahawa halia mampu membunuh sel barah.

Halia dapat membuang angin dan melicinkan perjalanan darah dalam badan jika kita makan atau meminum jusnya. Ia juga sesuai dimakan oleh ibu selepas bersalin. Sama ada dicampur ke dalam minuman ataupun dimasak untuk dijadikan lauk.

Jumaat, 11 September 2009

Hadis Rasulullah Perihal Memanah


Bersabda Rasulullah S.A.W.
"Adakah kamu tahu bahawa kekuatan itu ada pada memanah? "

Telah dikhabarkan oleh Abdullah bin Muhammad Abu Qasim Al-Thaghari, katanya telah menceritakan kepada kami oleh Daud, katanya telah menceritakan kepada kami Mubarak iaitu Abdullah bin Abdul Rahman bin Yazid bin Jabir, katanya telah menceritakan kepada Abu Muslim dari Khalid bin Yazid, katanya: "Aku adalah seorang pemanah." Maka Uqbah bin Amir lalu dekatku sambil berkata:
"Sesungguhnya Allah Taala memasukkan tiga orang ke Syurga disebabkan oleh satu anak panah, iaitu pemilik anak panah itu yang mengharapkan kebaikan daripadanya, pemanah (yang menggunakan anak panah itu) dan pembuat anak panah itu. Memanahlah kamu dan tungganglah kuda, sesungguhnya jika kamu memanah, lebih-lebih aku sukai dari kamu menunggang kuda, tidak sia-sia seseorang yang melatih kuda untuk permainan keluarganya dan melatih memanah dengan busur dan anak panahnya. Sesiapa yang meninggalkan memanah atas kehendaknya sendiri setelah mempelajarinya, sesungguhnya ia telah meninggalkan (semua ganjaran baik) ini atau telah mengingkarinya."

Diriwayatkan dari Rasullullah S.A.W. adalah baginda melihat seorang lelaki dari sahabat baginda yang dipanggil dengan gelaran Habib, badannya kurus dan ia pernah menjadi seorang pemanah. Maka bersabda baginda kepadanya, "Apa yang engkau lakukan dengan panahmu dan badanmu?". Dijawab oleh lelaki yang berada di samping Habib, "Dia telah meninggalkan memanah dan kini menumpukan kepada beribadat". Maka sabda Rasulullah S.A.W. :
"Demi Allah, yang mengutuskan aku dengan kebenaran, kerjamu sekarang ini (beribadat) tidaklah lebih utama dari kerjamu yang engkau telah tinggalkan itu (memanah). Oleh itu Habib kembalilah memanah".

Diriwayatkan dari mereka yang dipercayai bahawa Nabi S.A.W. telah bersabda:
"Sesiapa yang memanah satu anak panah dalam perang sabilillah, sama ada kena pada musuh atau tidak, adalah baginya satu martabat di sisi Tuhannya".

Dari sabda Nabi S.A.W. :
Sesungguhnya malaikat tidak akan hadir dalam permainan kamu yang sia-sia kecuali perlumbaan (pacuan) dan permainan senjata. Serta bersabda Nabi S.A.W.: "Pelajarilah oleh kamu memanah maka sesungguhnya di antara dua jarak memanah itu (jarak pemanah dan sasarannya) adalah bandingannya seumpama satu taman dari taman-taman Syurga" .

Diriwayatkan dari Ibrahim An-Nakhael, sesungguhnya ia telah berkata:
"Busur panah yang ada di rumah merupakan sokongan dalam mengerjakan sembahyang".

Telah bersabda Nabi S.A.W. :
"Memanahlah kamu wahai Bani Ismail, sesungguhnya datuk moyang kamu adalah ahli-ahli pemanah".

Bersabda Nabi S.A.W. ketika dalam peperangan Uhud :
"Panahlah olehmu wahai Saad (Saad bin Abi Waqas), aku pertaruhkan bapa dan ibuku ditanganmu".

Khamis, 10 September 2009

Mati Syahid


Yang dimaksudkan dengan mati syahid ialah orang yang terbunuh dalam peperangan melawan orang kafir untuk meninggikan agama Allah.

Hukum orang yang mati syahid itu:
1. Tidak dimandikan
2. Tidak disembahyangkan
3. Dikapani saja dengan pakaiannya yang berlumur darah itu.

Sabda Rasulullah S.A.W. :
Dari Jabir: "Sesungguhnya Nabi S.A.W. telah memerintahkan kepada sahabat2 baginda berhubung dengan orang2 yang gugur dalam peperangan Uhud, supaya mereka dikuburkan beserta darah mereka, tidak dimandikan dan tidak pula disembahyangkan". Riwayat Bukhari.

Sabda Rasulullah S.A.W. :
Dari Jabir, katanya: "Seorang laki2 telah dilontar dengan anak panah di dadanya, atau di tenggorokannya, lalu mati maka dibungkus dengan pakaian yang dipakainya ketika ia kena itu, dan kami ketika itu bersama-sama dengan Nabi S.A.W." Riwayat Abu Daud.

Menurut pembahagian ahli fiqh, syahid itu terbahagi kepada 3 bahagian:
1. Syahid dunia dan akhirat, inilah yang dimaksudkan dengan syahid tersebut di atas.
2. Syahid dunia saja, iaitu orang yang mati dalam peperangan dengan kafir akan tetapi bukan kerana untuk meninggikan (membela) agama Allah, hanya kerana sebab2 yang lain seperti ingin mendapat harta rampasan, atau kerana kemegahan dan sebagainya.
3. Syahid akhirat saja iaitu mati teraniaya, atau mati mengejut umpama mati kena penyakit kolera, mati tenggelam, mati tertimpa oleh sesuatu, mati kebakaran, mati dalam belajar agama Allah.

Sabda Rasulullah S.A.W. :
Dari Abu Hurairah, berkata Nabi S.A.W. : "Mati syahid itu ada lima macam: 1. mati kerana penyakit kolera, 2. mati sakit perut, 3. mati tenggelam, 4. mati tertimpa sesuatu, 5. mati pada jalan Allah". Riwayat Bukhari dan Muslim.

Rabu, 9 September 2009

Brokoli (Oxalis corniculata)


Berwarna hijau dan terdapat bunga-bunga halus berwarna hijau dan sedikit kekuningan ini selalu digunakan dalam masakan seperti sayur campur atau hiasan hidangan.

Brokoli yang mengandungi zat indol (senyawaan bensopirol) boleh mencegah peningkatan pembentukan hormon estrogen yang dihasilkan oleh indung telur. Hormon ini kalau terlalu tinggi kadarnya akan merangsang pembiakan sel kanser yang bertapak di rahim dan payudara.

Dengan adanya indol brokoli, kadar hormon ini tidak akan terlalu tinggi. Bagi mereka yang selalu memakannya, kegiatan pembentukan sel kanser akan berkurangan.

Brokoli ini mengandungi klorofil yang tinggi sehinggakan bunganya pun menjadi hijau.

Selasa, 8 September 2009

Kisah Iblis Dalam Masjid


Dikisahkan dalam sebuah hadis bahawa Rasulullah S.A.W. pergi ke masjid, apabila Rasulullah S.A.W. hendak masuk ke dalam masjid maka baginda S.A.W. telah terpandang Iblis dekat pintu, lalu Rasulullah S.A.W. pun bertanya: "Wahai Iblis! Apa yang kamu buat di sini?". Berkata Iblis: "Sebenarnya aku hendak masuk ke dalam masjid untuk mengganggu seseorang yang sedang bersembahyang, tetapi aku takut kepada orang yang tidur dekat dengan orang yang sedang sembahyang ini."

Kemudian Rasulullah S.A.W. bertanya lagi: "Wahai Iblis! Kenapa kamu tidak takut kepada orang yang sedang sembahyang, sedang dia dalam beribadah dan berbisik kepada Allah S.W.T., dan engkau takut kepada orang yang sedang tidur, sedangkan dia dalam keadaan lalai?"

Lalu Iblis berkata: "Orang yang sedang sembahyang itu bodoh dan mudah diganggu, tetapi orang yang sedang tidur itu orang alim. Kalau saya berjaya mengganggunya sehingga merosakkan sembahyangnya itu, saya khuatir orang alim itu akan bangun dan akan segera memperbetulkan sembahyang orang itu".

Isnin, 7 September 2009

Kronologi Perang Dunia Kedua


(a) Perang Dunia Kedua berlaku apabila Jerman menyerang Poland dari Barat manakala USSR menyerang Poland dari Timur.

(b) Serangan ini menyebabkan Britain dan Perancis mengisytiharkan perang terhadap Jerman.

(c) Perang Dunia Kedua berlangsung lebih lama daripada Perang Dunia Pertama, iaitu dari tahun 1939 hingga tahun 1945 dan berlaku di dua medan yang berasingan, iaitu di Eropah kerana menentang kuasa Jerman dan di Asia kerana menentang kuasa Jepun.

(d) Jepun melancarkan serangan mengejut terhadap Pearl Harbour, Hawaii, pada 7 Disember 1941 dan berjaya memusnahkan angkatan perang Amerika Syarikat di Lautan Pasifik.

(e) Pihak Jepun seterusnya telah menduduki Tanah Melayu termasuk Singapura setelah berjaya mengalahkan Britain pada bulan September 1942.

(f) Seperti dalam Perang Dunia Pertama, muncul pakatan yang berasingan, iaitu:
(i) Kuasa Bersekutu yang terdiri daripada Amerika Syarikat, Britain, Perancis dan Soviet Union.
(ii) Kuasa Paksi terdiri daripada Jerman, Itali dan Jepun.

(g) Kuasa Bersekutu berjaya menyelesaikan masalah di Eropah apabila pihak Jerman dikalahkan pada bulan Mei 1945.

(h) Kekalahan Jerman telah mengalih perhatian Kuasa Bersekutu kepada Jepun di Asia.

(i) Walaupun Amerika Syarikat telah memenangi beberapa peperangannya dengan Jepun, namun Jepun tetap bersemangat untuk meneruskan perjuangan mereka.

(j) Atas alasan ingin mengelakkan tempoh peperangan yang lama dan kehilangan nyawa yang lebih ramai, Presiden Amerika Syarikat, Harry Truman telah mengarahkan bom atom yang pertama digugurkan di Hiroshima pada 6 Ogos 1945 dan dalam masa singkat, bandar tersebut musnah. Bom kedua digugurkan di Nagasaki dua hari kemudiannya.