Sabtu, 12 Disember 2009

Faktor-faktor Kemasukan Jin


Kemasukan jin ke dalam jasad tubuh manusia berpunca daripada pelbagai faktor. Namun secara umumnya punca kemasukan adalah disebabkan oleh perbuatan dua makhluk. Sama ada berpunca daripada jin atau manusia.

Antara punca yang disebabkan jin adalah:

1. Jin lelaki yang jatuh cinta kepada manusia dan begitulah jua sebaliknya.

2. Kezaliman jin yang sengaja mencari pasal dengan mengganggu manusia tanpa sebab.

3. Sikap jin yang dengki dan hasad dengan manusia yang mempunyai kelebihan berbanding diri mereka. Malah terdapat jin yang bercita-cita menjadi manusia serta merasakan diri mereka telahpun 'manusia'.

Antara punca yang disebabkan manusia:

1. Kezaliman manusia terhadap golongan jin. Misalnya perbuatan menyiram air panas daripada tempat yang tinggi yang memudaratkan jin.

2. Sikap manusia yang takabur dan bermulut lancang sehingga mengguris perasaan sesetengah jin.

3. Keadaan manusia yang menyebabkan jin mudah masuk ke dalam tubuhnya. Sebagai contoh:
a) Terlalu marah
b) Terlalu takut
c) Nafsu syahwat yang sangat tinggi
d) Bersikap terlampau lalai

4. Manusia yang banyak mempelajari ilmu agama dan sentiasa taat kepada perintah Allah S.W.T.

Isnin, 7 Disember 2009

Sejarah - Akhbar, Majalah & Novel : Penggerak Kesedaran Kebangsaan


Kemunculan alat pencetak telah mencetuskan kesedaran kebangsaan melalui penerbitan akhbar, majalah dan novel. Dalam masa yang sama, muncul golongan wartawan yang komited dan sedar akan nasib bangsanya. Antaranya ialah Zainal Abidin bin Ahmad (Za'ba) yang produktif pada tahun 1920-an. Pada tahun 1930-an, muncul wartawan seperti Dato' Onn bin Ja'afar dan Abdul Rahim Kajai. Golongan wartawan telah membangkitkan isu2 kemunduran masyarakat Melayu dalam semua aspek khususnya sosail, pendidikan, ekonomi dan politik. Antara akhbar2 yang utama ialah Warta Malaya, Lembaga Malaya, Utusan Melayu, Warta Negara dan Fajar Sarawak.

Majalah juga memainkan peranan penting dalam membangkitkan kesedaran kebangsaan kepada penduduk tempatan. Isu2 yang dibangkitkan oleh majalah2 pada masa itu ialah berkaitan kemajuan bangsa dalam pendidikan, ekonomi, bahasa, sastera, anti-penjajahan dan kedatangan orang asing. Sehingga tahun 1940-an, terdapat kira2 120 buah majalah yang pelbagai judul. Antara majalah yang utama ketika itu ialah Pengasuh (1918), Majalah Guru (1024) dan Bulan Melayu (1930).

Novel juga turut berperanan dalam membangkitkan kesedaran politik kepada orang2 Melayu. Penulisan novel di Tanah Melayu bermula pada awal abad ke-19 dan semakin pesat pada tahun 1930-an. Secara keseluruhannya, novel2 dalam tempoh ini bertemakan semangat kebangsaan, kemunduran orang2 Melayu, anti-penjajahan dan emansipasi wanita. Antara novel yang popular ialah Hikayat Faridah Hanum, Keris Melaka, Anak Mat Lela Gila, Putera Gunung Tahan dan Melor Kuala Lumpur. Jelasnya, akhbar, majalah dan novel telah memberi sumbangan yang penting dalam mencetuskan kesedaran kebangsaan kepada penduduk di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.

Perihal Jin - Hukum & Kedudukan Jin


Terdapat makhluk yang dapat melihat jin atau syaitan iaitu sebahagian binatang seperti keldai. Manusia tidak dapat melihat jin kecuali diizinkan oleh Allah S.W.T seperti kisah Iblis yang diperintahkan oleh Allah untuk bertemu Rasulullah S.A.W. Alam jin merupakan alam yang sangat unik serta sangat misteri. Namun, hubungkaitnya dengan alam manusia adalah sangat rapat. Masakan makhluk yang sama2 tinggal di bawah satu bumbung langit dunia tidak langsung terkesan antara satu sama lain meskipun hidup dalam dimensi yang berbeza?

Tidak syak lagi bahawa hukum meminta bantuan daripada jin adalah haram. Ini bersandarkan dalil daripada firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Jin ayat 6 yang bermaksud:
"Terdapat beberapa orang lelaki dari kalangan manusia meminta pertolongan daripada jin, maka jin2 tersebut menambah bagi mereka dosa dan kesesatan".

Manusia adalah sebaik-baik kejadian. Lantaran itu dapat difahami bahawa secara umumnya martabat manusia adalah lebih tinggi daripada golongan jin; itupun sekiranya manusia itu beriman dan beramal soleh. Firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Isra' ayat 70 yang bermaksud:
"Sesungguhnya Kami memuliakan anak2 Adam A.S. dan Kami angkut mereka di daratan dan lautan, Kami beri mereka rezeki yang baik2 dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan".

Jumaat, 4 Disember 2009

Khasiat Ulam Raja (Cosmos Caudatus)


Pokok yang seakan-akan pokok bunga tahi ayam ini ialah pokok ulam raja yang merupakan tumbuhan yang berasal dari Amerika Latin, tetapi tumbuh liar dan mudah di dapati di Florida, Amerika Syarikat serta di Malaysia dan negara2 ASEAN. Ulam Raja adalah sejenis spesies bunga intan berayun yang berwarna unggu atau kuning dan berbunga kecil. Manakala pokok bunga yang berwarna kuning jarang digunakan sebagai ulam, yang berwarna unggu merupakan sayuran ulam yang amat popular dimakan mentah.

Berdasarkan kajian tempatan, ulam raja mengandungi 3 peratus protein, 0.4 peratus lemak dan karbohidrat serta kaya dengan kalsium dan vitamin A.

Herba ini adalah herba semusim mencapai ketinggian hampir satu meter. Batangnya berwarna hijau tua dan keungguan sedikit. Kebiasaannya herba ini bercabang banyak di bahagian atas.

Daunnya bergaris berbetuk ovat atau segi tiga dengan anak daunnya yang runcing, kesat dan berwarna hijau tua. Bunganya bertangkai panjang berwarna kuning keungguan. Daun herba ini mengeluarkan bau apabila diramas.

Ulamnya yang digelarkan 'ulam raja' telah digunakan secara tradisi untuk memperbaiki peredaran darah dan mencuci darah serta untuk menguatkan tulang. Ulamnya mempunyai keupayaan antioksida (AEAC) yang amat tinggi, iaitu setiap 100 gram ulam yang segar mempunyai antioksida yang sama dengan 2,400 miligram L-asid askorbik. Melebihi 20 jenis bahan antioksida telah dikenalpasti dalam ulam raja. Bahan2 antioksida yang utama disebabkan oleh kehadiran sebilangan proantosianidin yang wujud sebagai dimer, melalui heksamer, kuersetin glikosida, asid klorogenik, asid neoklorogenik, asid kripto-klorogenik. Keupayaan ulam raja untuk mengurangkan tekanan oksidatif mungkin sebahagiannya terdiri daripada kandungan antioksidanya yang tinggi.

Ahad, 8 November 2009

Perihal Jin - Makanan, Tempat Tinggal & Waktu Aktif


Tempat Tinggal Jin.
1. Jin mengutamakan tempat2 yang sepi daripada manusia seperti hutan2, kawasan perkuburan, lautan dan lain2.
2. Jin mengutamakan tempat2 yang kotor.
3. Jin biasanya tinggal di tandas2.
4. Biasanya juga tinggal di tempat2 berlubang.
5. Jin juga tinggal di tempat yang terdapat kotoran dan buangan binatang.


Makanan dan Minuman Jin.
1. Tulang.
2. Kotoran Binatang.
3. Asap.


Waktu Jin dan Syaitan Berkeliaran.

Dalam hadith Sohihain dari Jabir, beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda:
Apabila malam menjelang maka tahanlah anak2 kalian kerana sesungguhnya syaitan berkeliaran pada saat itu. Apabila malam sudah gelap gelita maka lepaskanlah mereka dan tutuplah pintu serta sebutlah nama Allah kerana sesungguhnya syaitan tidak membuka pintu yang tertutup. Tutuplah tempat2 air dan sebutlah nama Allah sekalipun dengan meletakkan sesuatu ke atasnya dan padamkanlah lampu2 kalian.

Terdapat 5 perintah di dalam Hadith ini.
1. Larangan membiarkan anak2 berkeliaran pada waktu tersebut.
2. Menutup pintu pada waktu tersebut dengan menyebut nama Allah.
3. Menutup tempat2 simpanan air.
4. Arahan menutup tempayan2 simpanan air.
5. Memadamkan lampu dengan menyebut nama Allah.

Khamis, 5 November 2009

Khasiat Bunga Raya (Hibiscus rosa-sinensis)


Bunga raya merupakan sejenis tumbuhan berbunga yang sering di tanam sebagai pokok hiasan. Tumbuhan berbunga ini mula muncul pada zaman Cretaceous.

Ia ditanam secara meluas sebagai hiasan di seluruh kawasan tropika dan separa tropika. Bunganya besar, merah, keras tetapi tidak berbau.

Pelbagai cultivars, varieties dan hibrid dihasilkan, dengan warna bunga yang pelbagai dari putih kepada kuning dan kuning bata dan merah jambu lembut, dengan kelopak set tunggal dan berganda. Bunga ini digunakan bagi mengilat kasut di sebahagian India.

Khasiatnya ialah daunnya digunakan untuk merawat demam panas. Air daun bunga raya yang telah diramas bersama air kemudian disapukan di kepala pesakit. Ia bertujuan mengurangkan panas badan.

Ahad, 1 November 2009

Jenis-Jenis Jin


Seumpama pelbagai spesis dalam kejadian flora dan fauna, kepelbagaian kaum dan puak dalam kejadian manusia; begitu jugalah perihalnya dengan kejadian jin. Ada jin yang menduduki kedudukan atau kelas yang tinggi dalam sistem kemasyarakatan jin kerana mempunyai kelebihan dari sudut kekuatan dan begitulah seterusnya. Masyarakat jin mempunyai hierarki masyarakatnya yang tersendiri. Menganut pelbagai agama seperti Islam, Kristian, Yahudi dan sebagainya serta berpegang kepada pelbagai ideologi dan kefahaman. Ada yang bekerjaya dan bekerja seperti dalam kehidupan manusia sehari-hari.

Diriwayatkan dalam sebuah hadith dari Abu Tha'labah r.a. telah berkata bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda:

"Jin itu mempunyai 3 jenis; satu jenis yang mempunyai sayap yang berterbangan di udara, satu jenis yang berupa ular dan anjing dan satu jenis yang berpindah-randah".

Jenis jin yang ketiga iaitu mampu berpindah randah sebenarnya diklasifikasikan sebagai jenis jin yang menjadi 'Saka'. Ini disebabkan jenis jin ini mampu berpindah dari satu keturunan ke satu keturunan di bawahnya.