Terdapat empat konsep asas dalam psikologi, iaitu naluri, keperluan, desakan dan motivasi.
Naluri ialah tenaga atau kuasa semulajadi yang mendorongkan seseorang individu bertindak balas dengan cara tertentu. Ia merupakan tingkahlaku yang diwarisi sejak lahir dan bukan diperolehi daripada pengalaman ataupun pelajaran.
Keperluan ialah keinginan memenuhi kekurangan seseorang individu dari aspek fisiologi dan psikologi.
Desakan ialah tindakan atau perubahan tingkah laku akibat satu-satu keperluan fisiologi yang tidak dipenuhi. Ia merupakan kecenderungan untuk mengekalkan keseimbangan sesuatu keadaan fisiologi seperti lapar dan dahaga.
Motivasi merupakan perangsangan yang membangkitkan dan mengekalkan minat seseorang individu ke arah mencapai sesuatu matlamat tertentu, termasuk mengubah sikap, minat dan tingkah lakunya.
Ia biasanya diwujudkan kerana keperluan fisiologi atau psikologi yang timbul.