Terdapat di antara kalangan ahli-ahli Silat Cekak Hanafi khususnya yang baru tamat belajar dikatakan suka 'cakap besar', 'sombong' dan 'angkuh'. Pemikiran seperti ini berlaku kerana mungkin ahli2 ini masih baru dan bersemangat serta kurang pengalaman. Perkara ini adalah suatu perkara yang telah dijangkakan kerana tahap kefahaman mereka belum sampai ke tahap penghayatan. Tidak dinafikan juga penulis sendiri pernah mengalami situasi seperti ini selepas tamat SRP kerana berasa ilmu yang ada belum di 'test' untuk menentukan tahap keberkesanannya.
Sememangnya perbezaan yang sangat ketara antara Silat Cekak Hanafi dan seni beladiri yang lain akan mengundang salah faham kepada mereka yang sukar atau tidak mahu menerima apa yang diajar dalam Silat Cekak Hanafi itu sendiri. Seseorang ahli Silat Cekak Hanafi itu perlu selalu mengingatkan diri sendiri bahawa perbezaan itu ada banyak hikmahnya. Ini juga menunjukkan betapa luasnya alam seni beladiri di bumi Malaysia ini.
Kita tidak mengharapkan orang lain memahami kita dan sekiranya orang lain ingin pendapat mereka dihormati, mereka juga harus mempunyai fikiran yang terbuka untuk menerima pendapat kita. Ahli2 Silat Cekak Hanafi perlu sentiasa ingat untuk menjaga disiplin dan sentiasa mempamerkan jatidiri Silat Cekak Hanafi yang sebenar.
'Lahirnya Cekak kerana kesedaran, Bukan bermusuh sebagai tujuan'. Hal ini mengingatkan setiap ahli supaya sentiasa memperbetulkan niat mereka, hikmah pantang larang dan juga supaya berlatih bersungguh-sungguh untuk meningkatkan kemahiran demi kepentingan diri mereka sendiri.
Ahli Silat Cekak Hanafi adalah seorang yang bersemangat waja, bijaksana dan berani tampil ke hadapan untuk mempertahankan agama, bangsa dan negara.
keep on blogging dude.. :D
BalasPadam