Sabtu, 13 Jun 2009

Tasawwuf - Anggota Roh


Sangat maklum bahawa kejadian manusia terbahagi kepada dua bahagian iaitu zahir dan batin. Zahir manusia ialah tubuh atau jasadnya. Terdapat mata, telinga, mulut, tangan, kaki, perut dan sebagainya yang mana semuanya itu adalah tubuh atau jasad. Dinamakan dengan lain2 nama berdasarkan kepada kegunaannya yang berlainan seperti yang kita semua tahu.

Begitulah juga roh atau batin manusia ada berbagai anggota batin yang disebut sodrun, qalbun, fuadun, shaghafun, lubbun dan sirrun. Semua nama2 bahagian batin manusia tersebut adalah merupakan kejadian Allah S.W.T. yang sama, dinamakan dengan nama2 yang berlainan seperti nama2 anggota2 zahir manusia tersebut. Menurut Imam al-Ghazali semuanya itu adalah Nurun Latifatun Rabaniyyatun (Nur rahsia yang sukar diketahui yang dibangsakan kepada urusan Allah S.W.T.).

Selain daripada nama2 anggota batin tersebut ada satu lagi nama yang sangat penting untuk kita ketahui ialah basirah atau mata hati, pandangan hati atau pandangan batin. Jika pandangan mata kepala (basar) untuk melihat perkara2 yang zahir di dalam nyata, maka pandangan mata hati (basirah) adalah untuk melihat perkara2 yang batin, ghaib dan alam malakut. Dengan tujuan memudahkan orang ramai untuk memahaminya, maka sesetengah ulama tasawwuf meringkaskan nama2 tersebut dengan menumpukan kepada tiga sahaja iaitu qalbun (hati), ruhun (roh) dan sirrun (lubuk hati). Hati (qalbun) fungsinya untuk memahami ilmu, terutamanya yang sukar diterima oleh akal (al-qalb lilmafhumat). Roh untuk musyahadah (al-roh lilmusyahadah). Sirr untuk menerima dan menyimpan tajalli (al-sirr liitajalliyat).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan