Jumaat, 16 Oktober 2009

Waktu-Waktu Terlarangnya Solat


Beberapa waktu dilarang oleh Rasulullah S.A.W. untuk mengerjakan solat iaitu:


1. Sesudah solat Subuh sehingga terbit matahari. Sabda Rasulullah S.A.W. : Dari Abu Hurairah: "Nabi S.A.W. telah melarang solat sesudah solat Subuh sehingga terbit matahari". Riwayat Bukhari dan Muslim.


2. Sesudah solat Asar sampai terbenam matahari. Sabda Rasulullah S.A.W. : Dari Abu Hurairah: "Rasulullah S.A.W. telah melarang solat sesudah solat Asar". Riwayat Bukhari.


3. Tatkala istiwa (tengah hari) selain dari hari Jumaat. Sabda Rasulullah S.A.W. : Dari Abu Hurairah: "Rasulullah S.A.W. telah melarang solat waktu tengah hari tepat sampai tergelincir matahari terkecuali hari Jumaat". Riwayat Abu Daud.


4. Tatkala terbit matahari sampai setinggi tombak (pukul 8pagi - 9pagi) jam Zawaliyah.


5. Tatkala hampir terbenam matahari sampai terbenam. Sabda Rasulullah S.A.W. : Dari 'Uqbah bin 'Amir: "Melarang Rasulullah S.A.W. solat pada tiga saat" :

a. Tatkala terbit matahari sampai tinggi.

b. Tatkala hampir Zohor sampai tergelincir matahari.

c. Tatkala hampir terbenam matahari". Riwayat Muslim.

1 ulasan:

  1. Waktu-waktu yang terlarang itu ada sebab dan kesannya kerana pada waktu pagi dan petang ketika mana API NERAKA sedang menyala-nyala pada tahap kepanasan maksima, kita dilarang@diharamkan melakukan solat.
    Manakala

    Waktu-waktu yang terkecuali daripada waktu yang haram iaitu berhubung dengan tempat dan waktu.

    1) Tempat : Tanah Haram mekah : iaitu di dalam masjid haram dan kawasan-kawasan tanah haram di mekah,maka dibolehkan solat di kawasan ini pada bila bila waktu tanpa ada waktu yang diharamkan.

    2) Waktu : Dari waktu istiwa sehingga zawal pada hari jumaat

    BalasPadam