Khamis, 12 April 2012

Pokok Kantan - Perasa Masakan (Juga Berkhasiat??)..


Kantan diklasifikasikan sebagai rempah atau perasa dalam masakan. Ia biasa ditanam dihalaman rumah terutamanya tempat yang agak lembab. Kantan membiak melalui cara pecahan rizom (akar).
Digunakan sebagai perasa dalam masakan tertentu. Bunganya pula menjadi bahan perencah yang penting terutamanya untuk laksa dan masakan asam pedas.
Bunganya boleh mengawet muda. Pokoknya juga boleh menghilangkan bau badan terutamanya bagi wanita yang baru lepas bersalin. Untuk menghilangkan bau badan, ambil beberapa batang pokok kantan yang segar, potong batangnya pendek2 dan ditumbuki hingga lumat, rebuskan hingga mendidih dan gunakan air rebusannya untuk mandi apabila telah sejuk.
Untuk menghilangkan rasa kurang bermaya dan hilang selera makan, bijinya ditumbuk hingga lumat, toskan untuk mendapatkan airnya dan dicampurkan dengan segelas air suam dan diminum pada waktu pagi dan sebelum tidur. Amalkannya untuk beberapa kali.
Buahnya juga dikatakan dapat menguatkan tenaga batin bagi lelaki dan menghilangkan lendir dalam badan dan kahak juga.

Jenis-jenis Gangguan Jin dan Mengelakkan Diri Daripada Gangguan


Terdapat beberapa jenis gangguan jin. Antaranya:
1. Gangguan sepenuhnya: Iaitu jin mengganggu seluruh badan dan jasad seperti orang yang mengalamai masalah saraf tersumbat dan seumpama dengannya.
2. Gangguan sebahagian anggota.
3. Gangguan berpanjangan iaitu jin terus berada di dalam badannya dalam jangka waktu yang lama.
Gangguan sejenak iaitu tidak lebih daripada beberapa detik seperti mimpi buruk.
Kaedah untuk mengelakkan diri daripada gangguan jin:
1. Sentiasa istiqamah dengan zikir yang diwariskan oleh Nabi Muhammad S.A.W.
2. Menyebut nama Allah dalam setiap pekerjaan.
3. Menyebut nama Allah setiap kali masuk ke dalam tempat gelap.
4. Jangan menyakiti binatang tanpa sebab seperti anjing dan kucing.
5. Jangan tidur bersendirian. Jika terpaksa maka berwuduk dan bacalah doa.
6. Jangan membuang air di merata-rata tempat terutama di lubang2.
7. Jangan membunuh ular sewenang-wenangnya yang masuk ke dalam rumah.