Khamis, 12 April 2012

Pokok Kantan - Perasa Masakan (Juga Berkhasiat??)..


Kantan diklasifikasikan sebagai rempah atau perasa dalam masakan. Ia biasa ditanam dihalaman rumah terutamanya tempat yang agak lembab. Kantan membiak melalui cara pecahan rizom (akar).
Digunakan sebagai perasa dalam masakan tertentu. Bunganya pula menjadi bahan perencah yang penting terutamanya untuk laksa dan masakan asam pedas.
Bunganya boleh mengawet muda. Pokoknya juga boleh menghilangkan bau badan terutamanya bagi wanita yang baru lepas bersalin. Untuk menghilangkan bau badan, ambil beberapa batang pokok kantan yang segar, potong batangnya pendek2 dan ditumbuki hingga lumat, rebuskan hingga mendidih dan gunakan air rebusannya untuk mandi apabila telah sejuk.
Untuk menghilangkan rasa kurang bermaya dan hilang selera makan, bijinya ditumbuk hingga lumat, toskan untuk mendapatkan airnya dan dicampurkan dengan segelas air suam dan diminum pada waktu pagi dan sebelum tidur. Amalkannya untuk beberapa kali.
Buahnya juga dikatakan dapat menguatkan tenaga batin bagi lelaki dan menghilangkan lendir dalam badan dan kahak juga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan