Selasa, 15 Disember 2009

Kelebihan Serai (Cymbopogen citratus (DC.) Stapf)


Serai makan banyak di tanam sebagai tanaman dapur. Batangnya dituai untuk kegunaan segar sebagai perisa dalam masakan. Serai makan ialah sejenis tanaman rumput yang beraroma dan mempunyai rimbunan daun yang lebat.

Pada setiap rumpun terdapat banyak batang yang tumbuh daripada rizom. Batangnya berwarna putih keunguan atau kemerahan. Daunnya tirus berwarna hijau muda, kesat dengan urat yang selari serta tajam. Pokoknya hampir menyerupai lalang ditanam dengan menggunakan batang serai yang berakar.

Di Malaysia, serai makan terutama batangnya yang beraroma digunakan sebagai bahan perisa dalam masakan tradisional seperti masakan rendang, tomyam, kerabu, masak lemak cili padi dan asam pedas. Aroma dan rasanya yang unik dapat menambahkan keenakan masakan dan meningkatkan selera.

Di sesetengah negara, serai makan diusahakan khas untuk pengeluaran minyak pati. Minyak pati serai makan berwarna kuning hingga coklat kemerahan dan berbau limau atau 'lemon'.

Sebatian2 lain yang mempunyai lebih rendah peratusannya termasuklah linalol, geraniol, citronellal, cironellol, farnesol, farnesal, limonene dan nerol. Minyak pati serai makan diguna sebagai pewangi sabun, bahan pencuci, syampu dan produk lain. Walaubagaimanapun sebahagian besar daripadanya digunakan untuk mendapatkan sitral (secara isolasi fizikal) dan ionones (secara tindak balas kimia terhadap sitral).

Serai dikatakan baik untuk penghadaman makanan dan pelawas kencing yang ringan. Ia juga dikatakan penggalak pengeluaran peluh. Banyak digunakan untuk membuat tonik dan minyak angin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan