Jumaat, 4 Disember 2009

Khasiat Ulam Raja (Cosmos Caudatus)


Pokok yang seakan-akan pokok bunga tahi ayam ini ialah pokok ulam raja yang merupakan tumbuhan yang berasal dari Amerika Latin, tetapi tumbuh liar dan mudah di dapati di Florida, Amerika Syarikat serta di Malaysia dan negara2 ASEAN. Ulam Raja adalah sejenis spesies bunga intan berayun yang berwarna unggu atau kuning dan berbunga kecil. Manakala pokok bunga yang berwarna kuning jarang digunakan sebagai ulam, yang berwarna unggu merupakan sayuran ulam yang amat popular dimakan mentah.

Berdasarkan kajian tempatan, ulam raja mengandungi 3 peratus protein, 0.4 peratus lemak dan karbohidrat serta kaya dengan kalsium dan vitamin A.

Herba ini adalah herba semusim mencapai ketinggian hampir satu meter. Batangnya berwarna hijau tua dan keungguan sedikit. Kebiasaannya herba ini bercabang banyak di bahagian atas.

Daunnya bergaris berbetuk ovat atau segi tiga dengan anak daunnya yang runcing, kesat dan berwarna hijau tua. Bunganya bertangkai panjang berwarna kuning keungguan. Daun herba ini mengeluarkan bau apabila diramas.

Ulamnya yang digelarkan 'ulam raja' telah digunakan secara tradisi untuk memperbaiki peredaran darah dan mencuci darah serta untuk menguatkan tulang. Ulamnya mempunyai keupayaan antioksida (AEAC) yang amat tinggi, iaitu setiap 100 gram ulam yang segar mempunyai antioksida yang sama dengan 2,400 miligram L-asid askorbik. Melebihi 20 jenis bahan antioksida telah dikenalpasti dalam ulam raja. Bahan2 antioksida yang utama disebabkan oleh kehadiran sebilangan proantosianidin yang wujud sebagai dimer, melalui heksamer, kuersetin glikosida, asid klorogenik, asid neoklorogenik, asid kripto-klorogenik. Keupayaan ulam raja untuk mengurangkan tekanan oksidatif mungkin sebahagiannya terdiri daripada kandungan antioksidanya yang tinggi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan