Isnin, 21 Disember 2009

Khasiat Petai (Parkia speciosa Hassk)


Pokok ini selalunya tumbuh meliar di dalam hutan2 Malaysia, Indonsesia, Brunei dan Thailand. Pokok petai merupakan pokok saka yang besar dan rendang serta boleh tumbuh setinggi 30 meter. Untuk mengambilnya juga amat sukar memandangkan pokoknya yang tinggi. Pokok petai biasanya ditanam menggunakan biji benih.

Buah petai terdapat dalam deretan panjang yang dikenali sebagai 'papan'. Setiap papan buah mempunyai antara 12 hingga 15 biji benih tersusun memanjang sepanjang buah. Buah ini yang panjangnya sehingga 50 sentimeter apabila cukup tua mempunyai kulit yang tebal tetapi lembut, benih dan licin berwarna kemerah-merahan. Biji2 inilah yang dimakan kadang2 mentah dan kadang2 dibakar. Buah petai sering dimakan sebagai ulam atau dibuat sambal. Tetapi ia mempunyai bau yang kuat.

Berdasarkan kajian, buah petai yang berbintil-bintil pada papannya dikatakan mengandungi kadar protein dan lemak yang tinggi berbanding tumbuhan hutan yang lain iaitu sebanyak 8 peratus, 11 peratus karbohidrat, 71 peratus air, banyak mengandungi kalsium, fosforus, zat besi, vitamin A, B1, B2 dan C.

Sebenarnya kandungan pemakanan biji petai berbeza mengikut umur dan kesegaran bijinya. Dalam perubatan tradisional biji petai dipercayai berkesan untuk merawat penyakit jantung dan penyakit kencing manis, mencuci buah pinggang serta untuk mengeluarkan cacing daripada kanak2 yang kecacingan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan