Terdapat makhluk yang dapat melihat jin atau syaitan iaitu sebahagian binatang seperti keldai. Manusia tidak dapat melihat jin kecuali diizinkan oleh Allah S.W.T seperti kisah Iblis yang diperintahkan oleh Allah untuk bertemu Rasulullah S.A.W. Alam jin merupakan alam yang sangat unik serta sangat misteri. Namun, hubungkaitnya dengan alam manusia adalah sangat rapat. Masakan makhluk yang sama2 tinggal di bawah satu bumbung langit dunia tidak langsung terkesan antara satu sama lain meskipun hidup dalam dimensi yang berbeza?
Tidak syak lagi bahawa hukum meminta bantuan daripada jin adalah haram. Ini bersandarkan dalil daripada firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Jin ayat 6 yang bermaksud:
"Terdapat beberapa orang lelaki dari kalangan manusia meminta pertolongan daripada jin, maka jin2 tersebut menambah bagi mereka dosa dan kesesatan".
Manusia adalah sebaik-baik kejadian. Lantaran itu dapat difahami bahawa secara umumnya martabat manusia adalah lebih tinggi daripada golongan jin; itupun sekiranya manusia itu beriman dan beramal soleh. Firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Isra' ayat 70 yang bermaksud:
"Sesungguhnya Kami memuliakan anak2 Adam A.S. dan Kami angkut mereka di daratan dan lautan, Kami beri mereka rezeki yang baik2 dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan