Isnin, 7 Disember 2009

Sejarah - Akhbar, Majalah & Novel : Penggerak Kesedaran Kebangsaan


Kemunculan alat pencetak telah mencetuskan kesedaran kebangsaan melalui penerbitan akhbar, majalah dan novel. Dalam masa yang sama, muncul golongan wartawan yang komited dan sedar akan nasib bangsanya. Antaranya ialah Zainal Abidin bin Ahmad (Za'ba) yang produktif pada tahun 1920-an. Pada tahun 1930-an, muncul wartawan seperti Dato' Onn bin Ja'afar dan Abdul Rahim Kajai. Golongan wartawan telah membangkitkan isu2 kemunduran masyarakat Melayu dalam semua aspek khususnya sosail, pendidikan, ekonomi dan politik. Antara akhbar2 yang utama ialah Warta Malaya, Lembaga Malaya, Utusan Melayu, Warta Negara dan Fajar Sarawak.

Majalah juga memainkan peranan penting dalam membangkitkan kesedaran kebangsaan kepada penduduk tempatan. Isu2 yang dibangkitkan oleh majalah2 pada masa itu ialah berkaitan kemajuan bangsa dalam pendidikan, ekonomi, bahasa, sastera, anti-penjajahan dan kedatangan orang asing. Sehingga tahun 1940-an, terdapat kira2 120 buah majalah yang pelbagai judul. Antara majalah yang utama ketika itu ialah Pengasuh (1918), Majalah Guru (1024) dan Bulan Melayu (1930).

Novel juga turut berperanan dalam membangkitkan kesedaran politik kepada orang2 Melayu. Penulisan novel di Tanah Melayu bermula pada awal abad ke-19 dan semakin pesat pada tahun 1930-an. Secara keseluruhannya, novel2 dalam tempoh ini bertemakan semangat kebangsaan, kemunduran orang2 Melayu, anti-penjajahan dan emansipasi wanita. Antara novel yang popular ialah Hikayat Faridah Hanum, Keris Melaka, Anak Mat Lela Gila, Putera Gunung Tahan dan Melor Kuala Lumpur. Jelasnya, akhbar, majalah dan novel telah memberi sumbangan yang penting dalam mencetuskan kesedaran kebangsaan kepada penduduk di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan