Dikisahkan dalam sebuah hadis bahawa Rasulullah S.A.W. pergi ke masjid, apabila Rasulullah S.A.W. hendak masuk ke dalam masjid maka baginda S.A.W. telah terpandang Iblis dekat pintu, lalu Rasulullah S.A.W. pun bertanya: "Wahai Iblis! Apa yang kamu buat di sini?". Berkata Iblis: "Sebenarnya aku hendak masuk ke dalam masjid untuk mengganggu seseorang yang sedang bersembahyang, tetapi aku takut kepada orang yang tidur dekat dengan orang yang sedang sembahyang ini."
Kemudian Rasulullah S.A.W. bertanya lagi: "Wahai Iblis! Kenapa kamu tidak takut kepada orang yang sedang sembahyang, sedang dia dalam beribadah dan berbisik kepada Allah S.W.T., dan engkau takut kepada orang yang sedang tidur, sedangkan dia dalam keadaan lalai?"
Lalu Iblis berkata: "Orang yang sedang sembahyang itu bodoh dan mudah diganggu, tetapi orang yang sedang tidur itu orang alim. Kalau saya berjaya mengganggunya sehingga merosakkan sembahyangnya itu, saya khuatir orang alim itu akan bangun dan akan segera memperbetulkan sembahyang orang itu".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan