Khamis, 10 September 2009

Mati Syahid


Yang dimaksudkan dengan mati syahid ialah orang yang terbunuh dalam peperangan melawan orang kafir untuk meninggikan agama Allah.

Hukum orang yang mati syahid itu:
1. Tidak dimandikan
2. Tidak disembahyangkan
3. Dikapani saja dengan pakaiannya yang berlumur darah itu.

Sabda Rasulullah S.A.W. :
Dari Jabir: "Sesungguhnya Nabi S.A.W. telah memerintahkan kepada sahabat2 baginda berhubung dengan orang2 yang gugur dalam peperangan Uhud, supaya mereka dikuburkan beserta darah mereka, tidak dimandikan dan tidak pula disembahyangkan". Riwayat Bukhari.

Sabda Rasulullah S.A.W. :
Dari Jabir, katanya: "Seorang laki2 telah dilontar dengan anak panah di dadanya, atau di tenggorokannya, lalu mati maka dibungkus dengan pakaian yang dipakainya ketika ia kena itu, dan kami ketika itu bersama-sama dengan Nabi S.A.W." Riwayat Abu Daud.

Menurut pembahagian ahli fiqh, syahid itu terbahagi kepada 3 bahagian:
1. Syahid dunia dan akhirat, inilah yang dimaksudkan dengan syahid tersebut di atas.
2. Syahid dunia saja, iaitu orang yang mati dalam peperangan dengan kafir akan tetapi bukan kerana untuk meninggikan (membela) agama Allah, hanya kerana sebab2 yang lain seperti ingin mendapat harta rampasan, atau kerana kemegahan dan sebagainya.
3. Syahid akhirat saja iaitu mati teraniaya, atau mati mengejut umpama mati kena penyakit kolera, mati tenggelam, mati tertimpa oleh sesuatu, mati kebakaran, mati dalam belajar agama Allah.

Sabda Rasulullah S.A.W. :
Dari Abu Hurairah, berkata Nabi S.A.W. : "Mati syahid itu ada lima macam: 1. mati kerana penyakit kolera, 2. mati sakit perut, 3. mati tenggelam, 4. mati tertimpa sesuatu, 5. mati pada jalan Allah". Riwayat Bukhari dan Muslim.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan