Ketika Mesir ditakluki oleh tentera Islam, Khalifah Umar Al-Khattab telah melantik Amru Al-As sebagai gabenor di wilayah Islam yang baru ditakluki itu. Amru Al-As memang terkenal sebagai pahlawan Islam yang berani serta pentadbir yang cekap lagi bijaksana.
Semasa Amru Al-As menjadi Gabenor Mesir, satu peristiwa ganjil telah berlaku. Air sungai Nil dikatakan akan berhenti mengalir beberapa bulan lagi dan penduduk Mesir bercadang untuk melakukan upacara jahiliah iaitu mengorbankan seorang gadis cantik ke dalam sungai itu. Mereka mendesak Amru Al-As supaya melakukan upacara tersebut tetapi Amru Al-As tidak mahu melakukannya kerana ianya bertentangan dengan ajaran Islam yang suci.
Tidak berapa lama kemudian air sungail Nil benar2 mulai kering. Oleh kerana pertanian di negeri Mesir bergantung kepada air sungai tersebut, penduduk2 di situ mulai cemas dan ada di antara mereka terpaksa berpindah ke kawsan tanah lain yang subur.
Keadaan ini memaksa Amru bin Al-As menulis surat kepada Khalifah Umar Al-Khattab di Madinah untuk meminta pandangannya. Amru Al-As sendiri berasa serba salah tentang bagaimana hendak menyelesaikan masalah yang dihadapinya itu. Tidak berapa lama kemudian Saiyidina Umar Al-Khattab pun mengirimkan jawapannya melalui surat.
Apabila surat itu sampai kepada Amru Al-As dia mendapati surat itu tidak ditujukan kepadanya tetapi kepada sungai Nil itu sendiri.
Sebelum Amru mencampakkan surat itu ke dalam sungai Nil yang hampir kering itu dia sempat membaca isi surat itu yang berbunyi: "Surat ini dikirimkan kepada Sungai Nil oleh Umar hamba Allah dan Amirul Mukminin. Wahai sungai Nil, jika air yang mengalir di sungai ini adalah atas kuasamu maka ketahuilah engkau bahawa kami tidak memerlukannya. Tetapi jika ianya mengalir di atas kekuasaan Allah S.W.T. maka kami pohon kepadaNya agar mengalirkan air di sungai ini."
Sebaik sahaja surat itu dicampakkan oleh Amru ke dalam sungai itu, maka sungai itu pun dipenuhi dengan air sedalam empat puluh lapan kaki pada malam itu juga. Sejak dari hari itu lenyaplah amalan jahiliah yang diamalkan oleh penduduk Mesir itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan