Isnin, 7 September 2009

Kronologi Perang Dunia Kedua


(a) Perang Dunia Kedua berlaku apabila Jerman menyerang Poland dari Barat manakala USSR menyerang Poland dari Timur.

(b) Serangan ini menyebabkan Britain dan Perancis mengisytiharkan perang terhadap Jerman.

(c) Perang Dunia Kedua berlangsung lebih lama daripada Perang Dunia Pertama, iaitu dari tahun 1939 hingga tahun 1945 dan berlaku di dua medan yang berasingan, iaitu di Eropah kerana menentang kuasa Jerman dan di Asia kerana menentang kuasa Jepun.

(d) Jepun melancarkan serangan mengejut terhadap Pearl Harbour, Hawaii, pada 7 Disember 1941 dan berjaya memusnahkan angkatan perang Amerika Syarikat di Lautan Pasifik.

(e) Pihak Jepun seterusnya telah menduduki Tanah Melayu termasuk Singapura setelah berjaya mengalahkan Britain pada bulan September 1942.

(f) Seperti dalam Perang Dunia Pertama, muncul pakatan yang berasingan, iaitu:
(i) Kuasa Bersekutu yang terdiri daripada Amerika Syarikat, Britain, Perancis dan Soviet Union.
(ii) Kuasa Paksi terdiri daripada Jerman, Itali dan Jepun.

(g) Kuasa Bersekutu berjaya menyelesaikan masalah di Eropah apabila pihak Jerman dikalahkan pada bulan Mei 1945.

(h) Kekalahan Jerman telah mengalih perhatian Kuasa Bersekutu kepada Jepun di Asia.

(i) Walaupun Amerika Syarikat telah memenangi beberapa peperangannya dengan Jepun, namun Jepun tetap bersemangat untuk meneruskan perjuangan mereka.

(j) Atas alasan ingin mengelakkan tempoh peperangan yang lama dan kehilangan nyawa yang lebih ramai, Presiden Amerika Syarikat, Harry Truman telah mengarahkan bom atom yang pertama digugurkan di Hiroshima pada 6 Ogos 1945 dan dalam masa singkat, bandar tersebut musnah. Bom kedua digugurkan di Nagasaki dua hari kemudiannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan